MATI itu PASTI,
IKHTIAR itu MESTI,
SIHAT itu REZEKI ALLAH yang BERI


Ahad, 29 November 2015

Jana Pendapatan dengan Projek STG

Entri: #8
Teks: Cik Azue Mohamad
Foto: Cik Azue Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Hari ini cik azue nak bercerita tentang peluang untuk menambah pendapatan melalui bisnes berjemaah gaya Projek STG.

Apa itu Projek STG?
Projek STG adalah singkatan bagi Projek Smart Tycoon Group dengan sasaran utama adalah perniagaan di atas talian melalui medium Facebook sepenuhnya serta blog.

Projek STG adalah projek yang bernaung dibawah Syarikat Sajahidah Hai O Malaysia.
Kami menawarkan perniagaan produk superbrand yang telah pun kukuh berada di pasaran Malaysia dan telah terbukti banyak memberi manfaat buat pelbagai peringkat umur.

Bagaimana hendak bermula?
Jika kalian serius nak sangat menambah pendapatan, hanya melaburkan RM50, kita akan dibawa masuk ke dalam satu group khas di fesbuk dan juga di applikasi whatsapp.



Yang menariknya, apabila kita melabur sahaja, kita dibimbing terus menerus sehinggalah kita mampu menjana pendapatan.

Yang tak boleh sangka lagi, dengan konsep perniagaan berjemaah ini, walau pun kita tiada stok di tangan, kita akan tetap ada produk untuk dibekalkan buat para pelanggan.

Ha bagaimana tuh?
Itulah dinamakan bisnes berjemaah. Kita akan saling bantu membantu sesama kita.

Best ke sangat best?

Jika berminat untuk tahu lebih lanjut, jom whatsapp cik azue di no 013-2700020 untuk cerita lanjut.

Hingga itu, maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Selasa, 24 November 2015

Hari ke tiga - Terapi Garam Buluh

Entri: #7
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Safar 12, 1437H
(24 November 2015)

Salam Kasih sayang buat semua.

Menyambung kisah terapi diri.



Sudah tiga hari cik azue berjaya minum garam ini sebanyak 1/2 peket yang dilarut air suam sahaja bagi sekali sesi.

Alhamdulillah, cik azue dapat telan begitu sahaja. Rasanya semakin boleh tahan dek tekak ini walau tanpa jus atau sunquick.
Dan cuma ia MASIN. Kakakiki, dah namanya garamkan.

Setelah itu dibilas minum air suam kosong bergelas-gelas bagi menghilangkan rasa masin itu.

Hari ini, tiada lagi rasa kelat lekat kat tekak dan tiada lagi rasa bibir kering.

Cuma hari ni dek cuaca mendung, mata ini seperti terasa di gam-gam.
Mengantuk lah sangat.

Seperti semalam, bila garam ini diambil di sebelah pagi, lewat petang hari, sakit perut itu kembali.

Alhamdulillah.
Mungkin itu kesan penyembuhan. Kita pantau beberapa hari lagi ya.

Apa pun cik azue tetap berdoa. Semoga Allah Izin garam ini membantu menaikkan kesihatan diri.
Kita berikhtiar menggunakan garam yang mana garam juga adalah sunnah Rasullullah SAW.

Baiklah, bagi kalian yang ingin mencuba terapi garam ini boleh whatsapp cik azue di nombor 013-2700020.

Semoga perkongsian cik azue memberi manfaat buat semua.

Hingga itu, maafkan cik azue, doakan cik azue.

Wasalam

#projekSTG
#GaramBuluhPremierDrink
#GBPD

posted from Bloggeroid

Isnin, 23 November 2015

Apa itu GARAM BULUH?

Entri: #6
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Projek STG
Sumber: Projek STG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Safar 12, 1437H
(23 November 2015) 


Salam Kasih Sayang.

Tentu kalian tertanya-tanya setelah membaca entri cik azue sebelum inikan. Hari ini cik azue bantu kalian untuk lebih memahaminya seperti mana yang cik azue fahami.

Apakah itu GARAM BULUH?



Ya betul.
Garam dan Buluh. Garam yang dimasukkan ke dalam buluh menjadilah garam buluh.

Itu sahajakah?

Ya. Garam yang dimasukkan ke dalam buluh ini adalah garam yang diambil dari pantai barat semenanjung Korea. Dikeringkan lalu diisikan ke dalam buluh yang berusia lebih dari 3 tahun. Kemudian buluh ini dilitupi dengan tanah liat lembah pendalaman Korea yang masih belum tercemar. 

Setelah itu ia dibakar pada suhu 900 - 1500 darjah Celcius menggunakan kayu pokok pain secara berulang kali melalui proses yang dikenali sebagai "6-Burned Bamboo Salt" bagi menyingkirkan toksik dan logam berat dari air laut serta pada masa yang sama garam tersebut akan menerima mineral yang terdapat dari pokok buluh tersebut.


Hasil daripada proses ini, garam buluh ini didapati mempunyai 70 ke 80 unsur garam mineral yang diperlukan tubuh badan dan ianya bersifat alkali pada nilai PH paras 10 dan ke atas.


Maklumat garam mineral yang terdapat di dalam garam ini telah disahkan oleh 'Midwest Lab' yang berpusat di 'Nebraska U.S'.


Mineral yang terdapat di dalam garam buluh ini juga dengan Izin Ilahi telah didapati dapat meningkatkan dan melindungi sistem rangka, sistem otot, sistem organ dalaman badan , sistem peredaran darah serta sistem saraf.

Bagaimana Garam Buluh ini bertindak dalam membantu melawan penyakit?


Seperti yang kita ketahui tadi, garam buluh ini bersifat alkali dan jika di ambil secara harian, sifat alkali ini dengan Izin Ilahi akan membantu meneutralkan kandungan asid di dalam badan yang mana kandungan asid berlebihanlah yang menyebabkan berlakunya masalah kesihatan.


Apabila kandungan asid serta toksin telah dapat distabilkan, badan akan mula menyerap nutrien dan vitamin lalu akan mula melalui proses pemulihan dan akhirnya akan menjadikan badan menjadi lebih sihat dan bertenaga.


Secara amnya, GARAM BULUH ini adalah bertindak sebagai suatu ikhtiar yang dapat membantu kita meningkatkan kadar alkali tubuh badan bagi menyeimbangkan pH badan serta bagi mengeluarkan toksid yang terkumpul dalam badan.


Jika kalian ingin tahu, STG ada mengeluarkan produk berasaskan garam buluh iaitu Garam Buluh Minuman, Garam Buluh Masakan dan Kopi Mineral Garam Buluh.





Nanti cik azue sentuh di lain entri ya.

In shaa Allah, ketiga-tiga produk ini cik azue guna pakai dalam amalan kesihatan cik azue sendiri dan keluarga.

* Nota Tambahan:
Garam Buluh ini juga terdapat dalam rangkaian mandian 'Marine Essence'. 
edited : 25 Jun 2016

Jika ada kalian yang ingin tahu maklumat lanjut atau ingin dapatkan produk superbrand ini, boleh whatsapp cik azue di nombor 013-2700020.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam






Terapi Garam Buluh Minuman (GBPD) - Update hari ke 2

Entri: #5
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI 

Safar 11, 1437H
(23 November 2015) 


Salam Kasih Sayang
Hari ini hari kedua cik azue dengan terapi garam buluh minuman ini.

Alhamdulillah, sejak ambil semalam dari jam 7 malam, cik azue asyik nak terkucil sahaja. Kejap-Kejap ke bilik air. Tak tahu dari mana datangnya air tersebut. Minum air tidak lah sangat, namun masih lagi membuang air kecil selawasnya.

Alhamdulillah, berjaga terus semalam dan sehingga jam satu pagi masih lagi tidak terasa mengantuk.
Sudahnya hari ini kita ambil di sebelah siang hari pula. Moga-moga Allah Izin lebih cergas untuk menyempurnakan tugasan.

Semalam, ketika memulakan minuman (separuh peket), cik azue ada mengalami simptom pening, mual dan muntah (sebenarnya dah lama juga simptom seperti mengandung ini menghimpit diri, asik mual dan muntah-muntah. Doktor kata kesan dari tekanan di rongga rahim tersebut).
Hari ini bangun, Alhamdulillah, perkara pertama Allah Izin adalah dapat menghilangkan rasa pening, mual dan muntah itu.

Turun dari katil, selalunya apabila memijak lantai, terasa seperti ada duri-duri mencucuk di sebelah kanan tapak kaki. Tapi bangun sahaja pagi ini, rasa itu dah beransur kurang. Alhamdulillah, rasa sakit itu pun dah Allah Izin ringan. Tidak lah sakit sangat seperti beberapa hari yang lalu dan semoga terus sembuh selepas ini.

Berkaitan rasa sakit perut yang umpama ada seorang bayi sedang mengeras di dalam itu pula sudah menjadi semakin ringan. Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Walau belum sembuh, sekurangnya, sakit itu berkurangan.

Dan satu yang tak boleh percaya adalah BERAT BADAN hanya dalam tempoh 12 JAM sahaja sudah nampak sedikit perubahan. Alhamdulillah sudah 1.3kg beransur pergi dari penimbang itu. SUNGGUH tak PERCAYA.

Sengih sampai telinga.

Dan kalau semalam cik azue minum dengan air 'Sunquick', tapi hari ini, cik azue terus minum begitu sahaja dengan air suam.
RASA?
Korang nak tahu? 
Rasa nya MASIN! itu sahaja MASIN.
Namun, jangan hairan, di sebabkan dahulu cik azue umpama mak buyong melugai senantiasa, masin umpama asam masin/asam boi masin ni boleh je daku telan sebegitu saja. Alhamdulillah.

Sengih!
Apa pun tak kisah. 
Pahit kah, masin kah, semua boleh, janji ini IKHTIAR untuk kesihatan.
IKHTIAR untuk sihat itu adalah JIHAD. Betul kan? 

Jadi, cik azue berjihad demi kesihatan agar sihat dan mudah untuk beramal ibadat demi mencari Redha Ilahi, Kecintaan Ilahi dan Kecintaan Rasul Junjungan.

Nanti cik azue sambung lagi kisah perjalanan kehidupan cik azue menghadapi ujian Ilahi dengan diturunkan ujian sakit PUAN. 
Boleh klik sini untuk pautan kisah kesakitan itu.

Oklah, kalau kalian nak tahu lebih lanjut tentang produk STG atau jika kalian juga penderita sakit puan, bolehlah whatsapp cik azue di no 013-2700020

Nanti kita kongsi bersama ya.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue

Wasalam

~azuriyah mohamad @ 3pm~

Ahad, 22 November 2015

Garam Buluh Minuman - Ikhtiar Diri

Entri: #4
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Safar 11, 1437H
(22 November 2015)

Salam Kasih sayang.

Dah terhenti perkongsian diri.
Hari ini cik azue memulakan terapi dengan Garam Buluh Minuman.



Separuh peket sahaja di ambil bersama jus oren.

Sampel garam ini diberi oleh sahabat kesayangan cik azue, SM (2015) Romy Suhaila Said.

Katanya cuba dulu untuk ikhtiar sakit itu sebelum beli sekotak.
Ok kita cuba hari ini.

Rasanya?
Tentu kalian ingin tahu apa rasanya kan.

Untuk cik azue, rasanya umpama kita kemam asam boi tak masam tapi terlebih masin. Kikikiki.

Sampai saat entri ni ditulis, tiada kesan lain dirasai selain rasa bibir kering dan umpama tekak terasa ada macam lekat-lekat.

Oh ya, cik azue kalau ambil benda masin, memang kesan pertama adalah terasa bibir kering dan cepat haus.

Nanti cik azue tulis lagi kesan pada diri cik azue ya.

In shaa Allah, entri berikut, cik azue cerita tentang garam buluh ini.

Jika ada kalian yang ingin tahu maklumat lanjut atau ingin dapatkan produk superbrand ini, boleh whatsapp cik azue di nombor 013-2700020.

Hingga itu, maafkan cik azue dan doakan cik azue.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Khamis, 19 November 2015

BATUK Kokol dan Kopi Mineral STG

Entri: #3
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Safar 7, 1437H
(19 November 2015)



Produk STG pertama yang cik azue minum dan amal.

Masa mula ambil kopi ini, cik azue alami batuk.
Batuk teruk hingga susah nak bercakap.
Lepas seketika, cik azue berhenti ambilan dan dapatkan pil alergi untuk hentikan gejala batuk.

Selang beberapa bulan, cik azue memulakan kembali ambilan kopi ini.
Alhamdulillah, batuk dah tak menyerang lagi.

Untuk makluman, batuk yang cik azue alami adalah disebabkan oleh 'healing crisis'.
Sebelum cik azue amalkan kopi ini, cik azue memang selalu suka kena batuk berbulan-bulan baru baik.

Alhamdulillah, dengan Izin Ilahi asbab kopi mineral ini, semenjak itu batuk berbulan tu dah lama tak menyinggah. Jika tidak, setiap tahun tak pernah tak dapat batuk panjang atau orang panggil batuk kokol atau batuk tahun.

Sungguh tak menyangka, penawar batuk tahun itu Allah Izin sembuh dengan hanya minum kopi. Siapa sangka kan. Hanya kopi. Alhamdulillah.

Oklah. Nanti cik azue sambung lagi kisah kopi dan manfaat yang cik azue perolehi.

Jika ada kalian yang membaca dan ingin tahu lebih lanjut tentang kopi mineral ini boleh wasap cik azue ke no 013-2700020.

Cik azue nak menjahit kembali.

Hingga itu,

Maafkan cik azue dan Doakan cik Azue.

Wasalam
posted from Bloggeroid

Tentang Saya dan Produk STG

Entri: #2
Teks: Azuriyah Mohamad
Foto: Azuriyah Mohamad

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

Siapa saya dan bagaimana saya bermula?

Saya Azuriyah Mohamad. Berusia 39 tahun (2015) dan seorang WAHM.
Saya menjahit sulaman dan selimut tampal cantum setelah bergelar surirumah sepenuh masa.

Julai 2015, saya disahkan mengidap Adenomyosis + Endometriosis dengan Endometrioma bersaiz 4cm.



Pada ketika inilah saya telah bermula menggunakan dan mengamalkan produk-produk 'superbrand' dari syarikat ini.

Mula-mula membaca testimoni sahaja dan akhirnya saya memilih untuk memcuba.

Alhamdulillah Allah bantu meringankan sedikit kesakitan asbab menggunakan produk-produk ini.

Setelah saya yakin dengan produk ini serta Izin Ilahi, saya mula berkongsi manfaat produk.

Semoga perkongsian saya dapat memberi manfaat buat semua dengan izin Ilahi.

Sakit itu Ujian.
Ujian untuk menguji kesabaran jua keimanan.

Mati itu Pasti, Ikhtiar itu Mesti, Sihat itu Rezeki Allah Beri.

Hingga itu,

Maafkan saya, doakan saya.

Wasalam
posted from Bloggeroid